hey..im back writing my journey of life..just a simple recap,previous one was simply about my life in primary school...
kakak aq dapat masuk tunku kurshiah kolej, one of the best school in malaysia, so aq pun nk la target tinggi2...week by week ive waited for an offer letter, tapi satu pun xde..gile kecewe kot, last-last aq masuk sekolah daily jek, SMKJ3, aq ingat aq akan menghabiskan masa-masa sekolah aq dekat situ, tapi lebih kurang 2 minggu aq kat situ, aq dapat offer masuk SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. lepas tu aq amek keputusan untuk pindah sekolah, lagipun kakak aq yang 1st ada kat sekolah tu,senang sikit aq nanti kalau ada apa-apa.
1st sekali aq sampai sekolah tu, diorang buat placement test, kira macam budak pandai masuk kelas 1st lew, test die dalam bahasa arab plak tu, yang aq plak memang lemah bab-bab bahasa arab ni, time test tu aq pandang kiri, pandang kanan x dpt jugak jawapan, nak tanya orang segan, semua aq tak kenal lagi time tu. last-last aq tulis je semua bahasa arab aq tau walaupun tak menjawab soalan..haha amek
time orientasi sekali lagi diorang tanya apa cita-cita kitorang bila da besar nanti. dia suruh tulis besar-besar kat sekeping kertas A4. aq ingat lagi time tu aq duduk sebelah tajrin faruqi, dia bukan setakat tulis "pilot" tapi siap lukis lagi pilot, memang berinovasi dan kreatif la, aq pun mulalah mengade buat percubaan untuk melukis "doktor" jugak tapi sumpah buruk!! haha pastu tajrin faruqi nampak lukisan aq yang buruk dia gelak-gelak je.siot tul.
gamba aq cantik sket la dari ni, tu pun kene gelak?
aq ditempatkan di kelas terakhir lepas tau result test aq tuh, aq memang da expect da, haha. time sekolah menengah memang banyak la yang berubah, aq da jadi malas belajar( dari dulu sampai sekarang malas kot aq rase, bukan time ni jew..haha) biasalah budak-budak baru nak up macam aq fikir imej "bad-boy" tu nampak cool. so lepas sekolah aq selalu naik bas hup-seng(ntah btol ntah x, aq lupa) dengan tambang 60sen ke bandar kajang,pastu duduk lepak je sampai petang, dah habis jahat la tu melepak-lepak dalam fikiran aq, padahal x buat apa pun. mende ni berterusan la sampai ke form 3, nak-nak pulak time tu zaman game counter-strike femes, memang aq spend 3-4 jam la sehari dalam cc jek. pegi tusyen pun aq ponteng. memang terasa la pengaruh rakan-rakan tuh. form 3 aq berakhir dengan result pmr aq 7a, dulu plan nak keluar masuk sekolah lagi power lepas pmr, tp result 7a jek memang xde sape la nak amik, haha.
kalau dalam cerita hindustan mesti climax dia bila percintaan antara dua insan ni terhalang akibat tidak direstui oleh kedua orang tua akibat perbezaan darjat, ha cerita kenakalan aq ni plak climax dia time aq form 4, ramai orang fikir form 4 ni "honeymoon year" sebab baru lepas pmr and nak enjoy before spm tahun depan kan, well aq pun salah sorang yang fikir macam tu, berbekalkan pmr 7a aq tu, aq layaklah berada di kelas terakhir aliran sains. boleh kata almost semua orang dalam tu tak bermentality untuk belajar la sama cam aq, tapi ada jugak orang yang rajin dalam kelas tu, cuma aq je yg x ikut diorang. time tu aq da start belajar ponteng sekolah dah, lepas perhimpunan pagi jek aq hilang, route aq hari-hari, jalan sampai hujung padang---> lari selaju mungkin menuju pagar---> panjat pagar ---> masuk ke taman perumahan sebelah sekolah ---> ikut lorong-lorong belakang rumah untuk tidak dikesan---> tunggu bas datang baru keluar dari tempat persembunyian---> naik bas ----> lepak KAJANG..yahoo. memang mantap la modus operandi aq time tu, pernah jugak beberapa kali dikejar pak guard( pak guard kitorg tua time tu, nak kejar pun x larat, motor pun c70 je, memang kitorg lari lagi laju lew) dan kantoi dengan cikgu, tapi setakat kena rotan-rotan biasa je la.
satu hari tu aq dipanggil oleh cikgu ezana, dia ni cikgu paling garang lew kat sekolah, dengar nama dia je boleh buat orang tercirit. dia cam da tau la aq selalu ponteng sekolah. dia tanya aq apa masalah aq, aq ada masalah kat rumah ke, ape ke. aq hanya mampu diam jek pastu dia threat aq nak gtau mak aq, mak aq pun cikgu jugak so hampir semua cikgu kenal la mak aq even dia mengajar kat sekolah lain. aq merayu supaya dia jangan gitau mak aq and janji nak berubah. dia diam jek aq ingat dia xnk la gtau. so dalam hati aq time tu "fuhhh selamat-selamat, boleh ponteng lagi lepas ni, hoho".
tapi hari tu aq balik je rumah, mak aq masuk bilik aq, n cakap yang cikgu da call dia n told her everything, mak aq x marah pun. mak aq tanya aq ada apa-apa masalah ke sampai aq buat camtu? time tu jugak mak aq mengalirkan air mata. malu sebab semua membe-membe dia da tau yang anak dia bermasalah, time tu jugak aq sebak. sanggup aq buat mak aq menangis disebabkan aq, kalau menangis kegembiraan xpe la jugak. padahal aq memang xde masalah berat sangat pun time tu, family ok, kawan-kawan ok. otak aq je yang bermasalah and meronta-ronta nak kan kebebasan. darah muda la katakan, jiwa nak memberontak je, mende baru semua nak cuba. aq rase tu la yang akan dihadapi semua golongan remaja.
start dari tu aq da set da mind aq balik, aq nak kembali ke jalan asal aq yang aq da jauh sangat tersasar. aq xnk buat mak aq menangis lagi sebab aq. tapi semua tu cam da terlambat. final exam tinggal sebulan je lagi dari time tu and aq memang x cukup masa nak cover balik semua subjek, sumpah memang aq x study langsung dari awal. aq da set goal aq untuk final exam ni at least aq dapat naik kelas, maybe environment kat kelas budak-budak pandai ni boleh membantu aq dalam belajar :p tapi dengan masa yang aq ada memang aq x mampu la nak naik kelas, silap-silap stay kat kelas lama jek. so aq ambil keputusan drastis..iaitu MENIRU!! yaa, aq amek keputusan untuk meniru dalam peperiksaan akhir nanti ( mampos aq kalau mak aq bace ni..sorry mum :)) tapi niat aq baik, untuk naik kelas jek, lepas ni sumpah aq xkan meniru lagi...
apa cara aq nk meniru ni?
memang banyak la cara-cara meniru aq praktekkan. letak nota dalam tandas, tukar-tukar kertas jawapan dengan member, masukkan toyol dalam kalkulator scientific and banyak lagi lew, tapi satu hari time paper sejarah and paper pe tah aq x ingat, tetibe before exam cikgu announced yang kitorg xley pegi toilet sepanjang masa exam padahal modus operandi yang aq pilih hari tu ialah "letakkan nota di dalam toilet, pastu mintak izin pergi toilet tengah-tengah exam, dekat toilet tengok jawapan yang anda mahu". "aduh...mampus aq", merepek aq seorang diri. time exam tu semua orang sibuk fikir jawapan, aq sibuk fikir camna cara aq nak keluar pergi toilet ni. last-last desperately aq purposedly bleed my own nose!!. "cikgu-cikgu, hidung saya berdarah, nak pegi toilet jap boleh?". "haaa ok2 pergi la2, cepat sikit". dalam hati kecil aq berkata " yeahuuuuuuuu~". so, kerja buruk aq dulu ditutupi oleh niat aq yang murni untuk naik kelas ( haha )
last-last. aq dapat naik kelas. aq dapat masuk kelas ke-2, huhu. time form 5 aq berubah la sikit, aq still malas belajar cuma aq da x buat masalah ponteng-ponteng tu lagi la, sebab aq da janji dengan diri aq sendiri. dipendekkan cerita, trial spm aq, aq langsung x dapat 1a pun. aq ingat lagi guru bahasa arab aq pergi kat meja aq tanya brapa markah aq pastu bila aq cakap, dia hanya mampu menggelengkan kepala pastu cakap "haish..xdak harapan" haha sapa x down dow bila cikgu da cakap camtu. aq cam da pasrah da time tu, camne la result aq spm nanti, memang macam xde harapan dah pun. time aq down-down camtu la mak aq datang, offer (more to paksa actually.. :p) ajar aq core subjects, math, bio, fizik, chemistry ( my mum ajar chemistry btw :)). mak aq kata kalau x score semua pun at least sciences subjects aq score la. hari-hari gak la dia ajar aq, aq yang lama-lama penat padahal dia x pernah rasa penat pun nak ajar aq, thanx mum, love ya :)
so at the end, result spm aq kire ok gak la :) cukup la untuk buat aq mula balik untuk berimaginasi menjadi seorang doktor :)
see u in part 3 guys :)
2 comments:
Menarik gak cite ko. Btw, aku dah lupe dah time awal2 masuk dulu ada placement test. Tetibe teringat zaman2 dulu. Best2. Tulis banyak2 lg.hehe
haha placement test tu ntah btul ntah tak..aq bukan study pn
Post a Comment