what inside guys mind

hoyyo hoyyo hoyyoyo hoyyoyoyo...aq sebenarnya exam this week tapi bosan pulak study, so aq pun ngengade la nk buat entry.

bagi sesiapa yang tertanya-tanya apa yang laki ni nak sebenarnya dari korang. sini aq nak bagi sikit info la apa yang berada dalam kepala otak kitorang ni. sebenarnya kalau nak diikutkan lelaki ni laki senang difahami berbanding perempuan atau kata orang putihnya "predictable" salah satu sebab utama dia ialah kitorang sangat straightforward and kitorang tak terikat dengan peribahasa "seperti perigi mencari timba", haha. personally aq rasa peribahasa tu dah tak berapa nak laku pada zaman sekarang ni. jujur kalau aq jumpa perempuan yang mengorat lelaki aq takkan mengeluarkan kata-kata seperti "ee gedik gile perempuan ni" atau "ek elle..apahal minah ni?" atau yang sewaktu dengannya sebab aq rasa semua orang ada dilahirkan dengan keinginan untuk menyukai dan memiliki seseorang. dah kalau laki tu yang dia nak, apa salahnya gurl tu make the 1st move kan?. tapi ramai jugak aq rasa yang masih berfikiran orthodox dengan alasan "taknak nampak desperate atau murah". hello..kalau couple berjalan berpegangan tangan and peluk-peluk tu tak murah pulak?

                                        ni pakcik nak marah ni!

sebelum aq start ceramah agama, baik aq berbalik kepada topik utama. apa yang lelaki suka bila berada dalam suatu hubungan ataupun bagi sesiapa yang nak menambat hati mana-mana lelaki, boleh lah ubah sikit-sikit perangai korang tuh supaya sejuk mata dan hati memandang.

1. Sejuk mata memandang.
Apa-apa hal pun mesti orang akan judge berdasarkan pandangan mata dulu la, sebab tu lah pepatah tu berbunyi dari mata turun ke hati, bukan hati naik ke mata. memang kebanyakan lelaki suka tengok perempuan yang seksi, siapa yang x suka memang penipu besar la, tapi tak bermakna itu yang diorang nak. cukup la untuk berpakaian simple tapi bergaya. kadang-kadang aq tengok perempuan bertudung labuh dan berjubah pun aq terpikat kot. jadi seksi bukanlah penyelesaian, asal kene dengan gaya cukup lah.

lepas tu perangai tu jaga la sikit, kalau gaya buruk, perangai pun buruk, x ke haru tuh? aq betul-betul pantang tengok perempuan yang nak sangat berperangai macam lelaki, rotan punggung tau lew. ketahuilah yang sifat lemah lembut dan sopan santun merupakan satu aset bagi perempuan. tapi jangan jadi pretender, just bring out the best of ur own self.

2. Good Listener.
guys sangat jarang menceritakan masalah pada orang lain sebab kitorang dilahirkan dengan rasa ego dan ingat kitorg boleh setel masalah sendiri. tapi we're not tough as we look, kadang-kadang kitorang perlukan seseorang hanya untuk mendengarkan masalah. note that if a guys willing to share his problem with you tu bermaksud yang korang adalah seseorang yang istimewa dalam hidup dia. so, in case kalau bf or sesape cerita masalah kat korang sebaiknya korang dengar la masalah dia. dengar pastu angguk-angguk sikit, buat muka simpati kat dia, cukup la, x susah pun.. haha. kalau korang perasan yang boyfriend korang cam x berapa nak cerita dengan korang masalah dia, tu bermaksud yang korang bukanlah pendengar yang baik and kompem-kompem dia ada orang lain untuk dia meluahkan masalah-masalah dia.

3. dont write his friends off!
kawan sangat penting bagi seorang lelaki. lelaki juga sangat sukar untuk meninggalkan kawan-kawan. bagi la bf korang masa diorang sendiri dengan kawan-kawan dia n korang x perlu nak menyempit setiap masa dia lepak dengan kawan-kawan dia unless dia yang ajak. selagi bf korang x lepak dengan kawan-kawan dia ja 24 jam, korang kena la bagi ruang sikit kat dia. x kisah la berapa banyak kawan dia, kalau dia da suka kat korang, dia akan suka kat korang jugak. perasaan over-cemburu dan kuat mengongkong tu yang akan membuat dia menyampah dengan korang kalau korang buat.

 4. dont be too emotional.
emotional sangat sinonim dengan perempuan kan? laki x suka sangat perempuan yang ikutkan sangat perasaan, so kalau boleh cuba-cuba la kontrol sikit perasaan tu. even kalau korang gaduh pun cuba la setel cara baik, bawak berbincang, janganlah biasakan diri korang merajuk 2-3 hari konon dengan harapan bf korang akan datang memujuk korang. tapi kalau da selalu sangat buat silap-silap lepas 2-3 hari merajuk bf korang da lari menghilangkan diri. in case bf korang x reply dengan sms "i love you" korang, janganlah cepat melenting mengatakan yang dia ada seseorang yang lain, mungkin dia hanya cuba menghargai tiga perkataan tu dengan tidak menyebutnya selalu. iye lah, kalau setiap sms hujung dia kena bubuh "i love you" 3 hari pun aq bosan camtu. haha 

5. Pandai menjaga diri sendiri
perempuan memang suka dimanja tapi tak bermaksud yang korang boleh menempel je dekat bf korang. sebab lama-lama bf korang akan anggap korang sebagai beban. nak buat ni, buat itu, semua nak panggil si dia. cubalah sekali-sekali berdikari, tunjuk yang korang boleh menjaga diri korang sendiri, baru bf korang x risau kalau korang berjauhan nanti. lelaki ni banyak laki kerja lain selain daripada melayan korang so korang kena la paham. aq tau ade beberapa perempuan yang kalau dah ade bf tu nak ade dengan bf je sampai lupa dengan life lain. perempuan boleh buat camtu tapi laki sumpah x boleh.

6. Memahami
mende ni sangat penting dalam berhubungan. kalau korang sebagai gf dia sendiri xleh nak paham si dia. siapa lagi kan?

7. pandai memasak
beeeeeeeeeeeeeeeeeeeesssssssssssssttttttttt sangat kalau dapat girl yang pandai memasak. aq rasa impian semua lelaki kot memiliki seorang yang sanggup memasak untuk dia sebab lelaki ni kuat makan. tapi kalau masakan x sedap x jadi gak, haha. ketahuilah yang korang boleh memikat hati seorang lelaki hanya dengan masakan. :)

8. jangan banyak sangat fikir.
guy : i nak pegi trip class next weekend, g indonesia
gurl1 : ooo, da la gurl indon comel2, camne kalau u terpikat nnt?

guy : blablablabla
gurl2 : thnx, tapi kalau u tinggalkan i nanti camne? i xley la xdek u...

gurl3: i risau la, kalau satu hari nanti u lupa kat i...

gurl4: mesti parent u x suke i kan. ye la, i orang biasa jek

gurl5 : kalau i gemuk nnti, u still suka i x?

kalau, kalau, kalau, kalau, kalau..mende x jadi lagi kot korang da sibuk-sibuk fikir bukan-bukan. lama-lama sakit hati la jugak dibuatnya. cuba la elakkan dari berfikir bukan-bukan sebab percakapan tu merupakan doa. kang jadi betul-betul baru korang menyesal. haha

9. Jangan banyak sangat komen..
 dont wear this, dont wear that, dont do this dont do that, dont meet those, ur hair is messy, ur face is gloomy, ur pimples killing me, ur outfit is outdated and so on. a guy would respond "ooo ok, biar la, its my style" tapi dalam hati diorang ada taman jugak. mesti la sedih korang asyik komen2 dia jek nanti lama-lama korang akan buat dia rasa yang korang ni tak terima dia seadanya, dulu time memula couple bole jek terima tapi sekarang sibuk nak komen macam- macam.

okay i guess that's it, mende lain yang baik tu kalau ade kira extra mark la...aq rasa kalau aq jumpa gurl camni aq akan jatuh hati kot :p mata aq pun dah ngantuk so until my next entry guys! chow chow :)

what inside your mind? 
 
 

2 comments:

Chimie Sushishashimiesz said...

w0w.. tips yg amat bguna.. thnx d0kter.. =)

FAATIN NABILAH said...

boleh fav post nih ! 4 n 8 is sooooooo true. xpsl2 cortisol high haha

Post a Comment